Wednesday, September 30, 2009

kucing putih yg dah jadi kelabu 2



aku da abes makan nasi goreng. aku jenguk luar opis. kucing putih yg dah jadi kelabu xada lg. hmm. dah kenyang, buat apa lagi dia nak tunggu sini... aku masuk opis. mgadap laptop. dgar lagu. ala, buat rutin biasa aku di ofis atau kata sinonimnya, xbuat apa2. tadi bos keluar skejap. dia masuk2 je, dgn gaya sempoi, slow, xpandang mata bila bcakap dia tu tba2 dia bersuara


bos: kucing td ada lg kat luar.


aku tersengih sendiri. kucing putih yg dah jadi kelabu tu tunggu aku. jangan kata kucing umah, aku skrg dah ada kucing opis! yeay!!!




kucing putih yg dah jadi kelabu




pagi tadi, sampai2 opis, ada seekor kucing putih yg dah jadi kelabu tdo kat depan opis. aku tegur la dia.


aku: hey


kucing putih yg dah jadi kelabu menggeliat. br bangun tdo, trus dtg ke arah aku. cium2 kaki aku. oh, rupanya bukan kaki aku yg dia berminat. tp bau nasi goreng yg aku beli kat makcik depan 7e.


aku: tunggu kejap ye. nnt aku bg ko ikan bilis.


slalunye aku buang je ikan bilis yg makcik depan 7e tu bubuh dalm nasik aku. tp hari ni, rezeki dia. aku masuk opis. letak beg, masuk bilik meeting bos/ bilik makan kitorg, aku bukak bungkusan nasi goreng tu. aku amek ikan bilis. aku genggam, bawak g pantri, basuh. xla pedas nnt kucing putih yg dah jadi kelabu tu makan. aku bg dia makan. tcekik2 dia makan gelojoh.


aku: jangan masuk opis,eh? nnt bos marah.




dia terus makan. xpedulikan aku.



kenapa aku piang gambar dr internet sahaja?



kadang2 aku terfikir sendiri, kenapa aku xsnap, snap, snap & upload gambar2 kucing disekeliling aku atau yg aku jumpa dan buh dalam blog aku? kan lg menarik. jangan kata kucing jumpa ke kucing liar lah, kucing yg ada dalam hidup aku pun dah cukup banyak. kat umah aku, banyaaaaaaaaaaak kucing. yg paling tua,acik. paling bagak, baby. adik baby, bubu. pastu tiger, kiki, e-e, blacky, liya, putih. tu xtermasuk kucing hitam / husband liya yg selalu datang mengiau2 blakang umah aku mintak makan, kucing2 yg dah mati sbb sakit & anak2 liya & hitam yg mati masa baby. nickname je 'kucing' tp piang / copy paste gambar dr internet.


.




aku bukan apa. aku suka & sayang sgt2 kucing. kata org yg "xelok amek gambar kucing, nnt kucing tu mati", aku percaya. pernah berlaku, jadi aku bertambah paranoid. & aku xtergamak bunuh kucing2 yg comel semata2 untuk blog aku. so, alternatif lain aku rembat je gambar kucing yg dah sedia ada kat internet. dgn harapan kucing2 ni semua belum mati lagi & berharap kucing betul2 ada 9nyawa.


Sunday, September 20, 2009

trademark ucapan raya




selambe je budak tu tepek aku "alah, aku da dapat sms mcm ni lebih 10x dah". kepala hotak beliau. aku yg reka "S. H. R M. Z. B." tu tau x? dari tahun lepas. ceh, aku bajet konon2 trademark la. dah semua org panjang berjela2 msg kemaafan, kesucian, kemuliaan, syurga, neraka, aku ucap pendek je la. janji sampai maksudnya. kan?




dia: tu la, lain kali u buat copyright.








orang xkelakar selalu rasa dia kelakar kan?


Saturday, September 19, 2009

duit raya 'luar'



otw back dr tesco, masa tgah benti kat traffic light sblm masuk kwsn umah aku, tiba2 ada seorang atok ni. berbangsa cina, selekeh, terketar2, mulut terkumat-kamit sambil pegang cawan. mintak duit. kesian. xsampai hati aku nak buat2 buta xnmpk dia kat tepi tingkap aku, aku pun mintaklah kat saudara driver yg setia hulurkan aku duit syiling. dia pun bagi. aku turunkan tingkap. sebelum aku letak kat tgn org tua tu, aku tgok dlu brapa yg org sbelah aku bg. duit luar. aku pun ganti dgn syiling lain.



aku: kenapa u bg dia duit luar?

driver setia: senang sikit dia nak pegi luar negara.






berdebik2 aku tampar badan driver setia aku. padan muka. ingat dia kelakar la tu. huh


rasalah ketupat ini


kepada semua pembaca setia & penlalu-lalang yg menyambut aidilfitri:




S.H.R
M.Z.B




HEHEH.

Wednesday, September 16, 2009

cat boleh!

aku xkan mgalah. slmt berbuka semua. aku nak balik sambung weeds. tgok weeds. dvd. puasa. faham? :p


takda gambar


sumpah pedih perut aku.


pop!



bos sampai2 opis, pasang mp3 mcm biasa. tba2 kid dtg. bg barang.


bos: cat. ko nk pop-pop?


1 bnd je tlintas dlm fikiran aku.


















muka aku mesti KIUT mcm budak skolah, sbb tu bos offer mercun pop-pop kat aku. kan? kan? kan?




tau dah ;)



lunch? mungkin tidak


nicole ajak aku lunch. aku puasa hari ni :)
so, aku bg nmbr adek thru im.
Cat

0126 _ _ _ _ _ _

nombo adek

2:29pm Nicole

aiseh

ko pose eh?

xpe ar klu cm 2

aku pun pose la

2:29pm Cat

hehe

aku tsentap

smlm kak anne ckp

sayang da hujung2 ni kalau tgal

btl jgk

dapat kurus sket sblm raya

sblm kite blasah rendang lemang

lontong

fuyo

power

ayam masak merah

fuh

2:31pm Nicole

sebut lg

aku pun xlapa ni

sebut lg plizzzzzzz

2:31pm Cat

HAHHAHAHAHHAHHA


pre-cuti


dapat msg dr nicole mlm td.


"bos kata khamis da bole cuti. =D ~selamat, selamat ari raye, kami ucpkan pd semua..yeay!"


dgn semangat lah aku datang keje arini memandangkan last day sebelum cuti raya. sampai2 kat opis, aku masuk, gelap. aku dah agak dah. aku sorang je yg datang keje. terima kasih lah semua.




Tuesday, September 15, 2009

dont trust strangers 2

"aduh. xada change! knp lah aku xpau misha seringgit td!!!" rungut aku sorang2 sambil memandu keluar dr shah alam menuju ke opis. malas nak pecahkan rm50 yg mak aku bg ni. nak jimat2. isk. aku capai 5sen 2keping dgn note rm50 td. tol batu tiga rm1.10 je, aku hulur kat abang tol.


aku: terima kasih.


aku senyum, abang tol pun senyum. sambil aku memandu, aku kire balance yg abang tol tu bg.



WHAT????????? RM48!!!


aku xkire. aku benti, park kat tepi. aku jalan kaki. patah balik ke arah abang tol td. aku xkan benarkan diri aku ditipu oleh 'stranger/s' skali lg.


aku: abang, bak singgit sy balik!!!




terasa bermaruah.



dont trust strangers



aku: hai. bg filet-o-fish, spicy chicken mc deluxe dgn ayam goreng spicy. semua regular.


akak cashier: semua skali rm24.



aku pun myusur ke depan utk bayar.



aku: hm, ramainya xpuasa hr ni.


aku senyum. akak cashier & supervisor tergamam. tp senyum. sambil xbg aku resit. "senyum,senyum jugak kak. resit sy mane?" kate aku dlm hati, malas nk mntk. setelah q dgn hebatnya, aku pun capai semua mknn yg aku order td dan blah dr mekdi ss2 tu. sempat aku jeling dapat x free apa2 sbb aku beli lebih dr rm20. apple pie! yesss. smp2 kat umah misha,






MANA FRIES AKU???????


Monday, September 14, 2009

Friday, September 11, 2009

weekend again





nak balik. tolong bg makan kat ikan2 aku bsok & lusa, please? :)



to do list.



research proposal, due date: 8/9 postpone 15/9
(postpone sdn bhd)

managerial eco project paper, due date : 12/9 postpone 14/9 (postpone sdn bhd)

reunion, date: TOMORROW. tak bole postpone.


*
baju: kebaya putih / top hitam CHECKED!
*seluar: jeans/leggings CHECKED!
*kasut: heels
CHECKED!
*accesories: rantai & gelang adik no2 CHECKED!
*make-up: jgn tebal sgt CHECKED!
*falsies: jgn fake sgt CHECKED!
* perfume: saki baki incanto / fascinating ferragamo utk masa2 urgent CHECKED!
*rambut: xmessy promise CHECKED!
*driver: sbb xtau jalan, tlg drive boy CHECKED!
* photographer:
pls jgn suruh aku, boy CHECKED!
* best friends zaman skola: pegi sama2
CHECKED!

for now, everythgs perfect. aku berharap semoga xada kulit pisang yg bergelimpangan & tlepas dr pandangan aku myebabkan aku jatuh setelah berpenat lelah prepare utk bsok. nervous. time skola dlu, jgn kata org pandang rendah kat aku (walaupun aku tinggi), langsung xada org pandang aku.

but its okay.
NOW,
its payback time :)



mana monyet2 yg mcm bagus sgt time skola dlu, meh sni jap.
wish me luck guys.




bahasa


language tools google dah ada bahasa malaysia.

love game - lady gaga

lets have some fun, this beat is sick.
i wanna take a ride on your disco stick.


TRANSLATING...

oke, cuba nyanyi!

mari bersenang-senang, menewaskan ini sakit.
i wanna memuat tumpangan pada disko anda kayu.






hihi :) i find it funny. dunno bout u guys.



*source: fly fm & google



Thursday, September 10, 2009

YEAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!


i got 2 followers!!!

terima kasih.
datang lagi.
thank you.
please come again.


oke, skrg aku sounded seperti promoter / sales assistant. heheh. apa2 lah. aku happy ni. weeee. waaaaaaaa. woooooooooo.


aku 1: lek sket, cat. tenang. jgn lah nampak sgt ko jakun. br 2org kot. blogger lain dah 6juta followers dorg, xkecoh pun.

aku 2: oke, oke. aku try menten cool.

aku 1: good.




aku 2: yaw, wasap wasap?


xpela,mak.



turutt turutt (hp bunyi)

aku: ha. helo mak.

mak: mak dah bayar tau.

aku: roadtax?

mak: roadtax kete along, kete mak, bil, bla bla bla etc. kalau nak kira2 sume ni, xraya kita long.

aku: em, xpela mak. along xpayah beli bj raya.




kesian mak. sabar mak eh... tunggu along abes praktikal. along cari keje cepat2. bole bg mak duit... :)
this entry was not suppose to be funny. & id like to keep it that way.





















oke cat. xpayah nak serius sgt smp cakap omputih tibe2. k.
hehe :)


Wednesday, September 9, 2009

- - - - -



mood tarak.
balik.


errr, makan?



kepala sakit. rasa nak demam..........................................................


















misha call. aku mengadu. dia suruh makan ubat. xpayah puasa. aku akur. hehe. aku & geng lunch tapau nasi lemak ayam kat BRJ pastu trus pegi apartment dean. sampai2 umah dia, aku & adek trus basuh tgn. nicole dah bersedia. dean pun bukak sliding door, bukak tingkap.



dean: terang sket.


adek: oi, kenapa kau bukak tingkap? tuhan nampak la aku makan!



lupa



aku dah jumpa beg make up aku balik :DDD





tertinggal kat umah kawan. syukurrr. hari ni, aku make up mcm pale2 sket. ikut mode hari ni: puasa. eceh.


paranoid ke perasan?


aku rasa mcm akab sound aku. aku rename akab kpd 'abg neraka' dlm blog list aku. tiba2 dia buh kat about me dia (xtau la bla dia update sbb aku xon9 dah 4hari):
"
Jangan panggil aku Abang Neraka. Tak perlu berabang-abang. Neraka cukup."


aku hampir tercekik. oke. mungkin aku yg lebih2. paranoid. chemicals. tp xpe. aku dah ubah dah mcm yg dia nak. neraka cukup. heeee.

oke. now im starting to feel like a super ugly chick dlm cerita high school org putih yg tergila2 kat mamat quarterback yg selalunya hensem, tinggi, tough,etc. juga kegilaan ramai gadis & bukan gadis.

tak kisah la. even IF, if oke. even IF, dia tepek aku. aku oke. oh, aku patut say hi. hi :)

oke. aku br tfikir. dia kan dah tua. pfft. knp lah aku xterfikir dr td. so, 'abang' tu mcm lg highlight umur dia. tp oke ape. dari uncle neraka, kan?







br masuk opis.


sabtu & ahad, bz.
isnin, test.
selasa, tak bole bgtau.

rabu.
hai.
apa khabar?
sihat?
:)


blog ni hanya akan ada entri baru kalau aku kat opis. umah aku ada tenet, tp pc byk virus. takutlah, skrg kan selsema babi membunuh. ni aku da rasa2 mcm nak demam da sbb smlm aku tlg adik aku yg last, buat emel. SHITTT!





Friday, September 4, 2009

farmville



oke. chai br mntk emel aku. nak add fb katenye. aku bg nama aku je, suruh dia search. pastu br die ckp...



chai: nnt u bole lah geng saya di farmville. best oh. byk cute!





err, patut ke aku terjebak dgn permainan bercucuk tanam tu sbb chai dah selamatkan aku aritu? SHIT. sumpah, ni bukan rekaan aku sbb nak main farmville tu eh.




nak...


uish.

uish.

uish.

biar betul???




hr ni da 4hb sept??? birthday aku da dekat da ni. xlame dah ni... ade la dlm 2bulan lg. hui, xlame dah tu. aku kene war2kan kpd semua org yg terdekat yg aku xpernah dapat teddy bear sbg hadiah & aku nak teddy bear BESARRR utk aku tahun ni! aku pelik betul knp xada org bg aku teddy bear. ape, muke aku ni xckup kiut ke, xnmpk mcm loving ke? adik aku yg no2. asal birthday, teddy bear, asal birthday, teddy bear. valentine teddy bear, anniversary teddy bear, new year teddy bear, wesak day teddy bear, deepavali teddy bear, hari raya jgn ckp lah, ketupat pegang teddy bear eh teddy bear pegang ketupat, lemang, rendang sume cukup! bg je la hari ape pun. kdg2 tbe2 hari sabtu, ahad pun die bole dpt teddy bear. bukan bole harap sgt tu, aku balik ni kang, adela teddy bear baru utk die tu. ish. aku xpuas hati betol tgok teddy bear dia yg semakin menular 1umah. teddy bear dia saje. tu xtmasuk adik aku yg last lg.


aku xkire. birthday aku tahun ni. aku akan pastikan aku dapat teddy bear! kalau xdpt, aku akan beli utk diri sendiri! HUH.







pekerja berdedikasi



sape penah pegi keje, tp sampai2 kat tmpt keje, xada org lgsg. LANGSUNG. mcm hari ahad, tp bukan hari ahad. sape? sape?




aku penah. selalu. ni da masuk kali ke2 dlm bulan ni. phm?





uuu



oke. aku jumpe sesuatu. obviously bukan beg make-up yg hilang, sbb muka aku masih mcm cekodok basi. aku jumpa link akab. BARU jumpa. SGT LAMBAT. bukan lambat 1 atau 2 entri. sebulan entri aku lambat tp aku xpeduli lah. suka sgt hilang2, sapa suruh. whatever. eh, apa benda dalam hidung aku ni? __________________ shit. aku bukan puasa ke?



BATAL. dah bole order teh ais kat muthu. free delivery.




menghitung





oke. jam br pukul 11:09 sekarang. buka pukul berapa?

mimpi ngeri


bangun2 tdo pg td. aku trus capai hp. taip, taip, taip.

"ko agak2 kalau aku xdtg keje jugak, bos pecat aku x?"

message sent to: nicole

oke. die xreply. membuta. sorang2 je la aku nampaknye. haih. aku bukan malas nk g keje. sudah la aku praktikal je kat sni. kos aku xde kene mgene dgn design. kat opis ni, ada 6org je. 2org yg plg pentg dlm company ni mestilah aku dgn dia. sbb kitorg HARAM XBERFUNGSI.

dia bole buat pulak xdtg keje arini. teman kakak die g shopping bj raye katenye. penting, kan? tp disebabkan kakak beliau ialah bini bos, kebebasan aku utk bersuara serta-merta pupus dr dunia yg fana ini. FINE. dia tgalkan aku dgn bos & designer2 yg lain.

tp xpe. aku tetap bersemangat. aku iron bj kurung. saje aku amek bj kurung cotton. sbb nak kelihatan kiut hr ni. nak amek gmbr kat webcam, upload kat fb. so aku pun sikat rambut, bukan sng nak tgok aku sikat rmbt. aku nmpk mak aku tersenyum bahagia merenung aku dr dapur. dia cukup sakit hati tgok rmbt aku kalau xbersikat.

slalu aku akan ckp: "ni fashion mak. messy2 sket. oke ape."

sambung. aku pakai deodoran, takut kulit aku yg mulus ni dibakar mentari, aku buh sunblock, br je aku nak tepek foundation kat muka aku supaya nampak flawless dlm gmbr yg aku nak upload tu nnt T I BA - T I B A

WHAT???

beg make-up aku hilangggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!

oke. aku dah xde mood.


korg xfaham... aku suke suke suke make-up. ni umpama mimpi ngeri buat aku. korg xfaham... tanpa make-up, muka aku mcm haram. bak la balik beg make-up aku weh... sape amek? huuuuuuuuuwwwwaaaaaaaaaaaaa :'(

aku puasa tau hr ni. ni penganiayaan terhadap aku. aku nak memanjatkan doa, sapa yg amek beg make-up aku, die kene h1n1. amin.





Thursday, September 3, 2009

kenyang


sumpah aku rs nak kentut2 lepas makan piza domino's dgn hebatnya ptg td kat umah nana. bpk aku ckp masa aku kecik2 dlu, kalau nak kentut, kentut kat pokok. umah nana ada pokok. err, sori la nana. ko tau kan, aku anak yg mendengar kata? ;)







abang mekanik


kete aku lalu depan workshop bhadapan opis aku. aku nampak abg mekanik tu. berdebar2. dia pandang aku. hihik. otw ke opis, aku ckp kat nicole & boy yg aku rasa aku suka
abg mekanik tu.


aku: alahai, kiutnya... lelaki mmg nampak macho kan bila repair kereta? haih.



sambil aku mencuri2 pandang. terasa darah naik ke muka aku. blushing konon. heheh. aku da tfikir2 bsok nak pakai bj kurung wane ape. mgu lepas, aku dgn ayu-nye mmintak tlg beliau mbubuh air bateri kat kereta aku. pergh, kalau dirakam kejadian tu, pasti aku kelihatan ayu berbaju kurung purple, berambut panjang, manis, berbudi bahasa, malu2, baik hati, mulia, suci, tiba2
nicole mencelah. potong sting [stim] betul.


nicole: dia repair kereta sambil pegang hp, cat.

aku: hah? FINE.



i wanna


"i wanna, i wanna, i wanna touch u"


lagu tu xabes2 bermain2 kat kepala otak aku. vdeo klip adalah dlm 713 kali aku ulang.



aku 1: shit. aku horny ke?


aku 2: "cat, ni bulan puasa. bulan RO MA DHON. bukan bulan mengawan. kalau nk mgawan pun, malam sket. paham?"



bual aku seorg diri.







fashion bulanan




nana: budak2 ofis aku yg free hair, tiba2 semua pakai tudung.

aku: permanently?

nana: x la. aku tanye, dorg kate bulan puase je.

aku: oh. deepavali bulan depan. dorg da beli sari?